Endometriosis. Dalam bahasa singkat orang panggil Endo. Penyakit yang menyerang aku sekarang. Prof Zainul diagnosed aku mengidap endometriosis stage 2 semasa operation bulan Mei lepas. Sebelum operate Prof kata cyst dan hydrosalpinx sahaja. Now, penyakit baru ditambah dalam senarai penyakit yang sedia ada. Cyst, hydrosalpinx (left and right tube) dan endometriosis stage 2. Pakej 3 dalam 1.
Endometriosis ni sebenarnya terjadi bila tisu dalam selaput rahim yang dipanggil 'endometrium' tumbuh kat luar rahim. Selaput ni biasanya akan jatuh semasa kita period. Tapi dalam kes pesakit endo ni, selaput tu tak turun sekali dengan period tapi telah pergi dan tumbuh di tempat lain. Biasanya kat tempat-tempat di luar rahim iaitu pada kilang telur (ovari), belakang rahim (utero sacral ligament), saluran fallopian, pundi kencing, kadang-kala di tempat-tempat yang aneh seperti parut bekas pembedahan melahirkan anak ataupun pembedahan lain.
Dalam kes aku, endo aku tumbuh di belakang rahim. Masa operate Prof dah sedut semua endo tu dan Prof cakap rahim aku dah bersih. Prof dah clip sekali 2-2 tiub hydrosalpinx dan buang cyst yang ada. Pendek kata, opertaion kali ni utk overhaul keadaan rahim aku.
Lepas selesai operate Prof 'hadiahkan' aku dengan 3 jenis antibiotik utk dimakan selama 3 bulan. Amik 14 hari dan stop, 14 hari lagi stop, dan 14 hari lagi stop. Ni utk pastikan kuman2 yang ada sekitar rahim mati sepenuhnya. Kata Prof lagi, peranakan aku kena infection. So dalam tempoh ni kenalah makan 3 jenis ubat yang meloyakan itu. Opsss selain kena mkn ubat, kena amik injection juga sebulan sekali. Cucuk di bontot ye. Namanya ubat ni ialah Lucrin. Tujuannya utk menghentikan period sementara menunggu keadaan rahim sihat sebab darah period adalah makanan untuk sel-sel endo. So selama 4 bulan ni sepatutnya aku tak period. Tapi lepas first injection, period masih keluar juga. Nurse kata Lucrin amik masa untuk bagi efek pada badan. Ada setengah org, 3x injection period masih turun juga. Hem, kuat betul badan dia, drugs semua tak lut...
Sebenarnya lepas aku buat research pasal endo ni, dunia kedoktoran masih belum dapat menjawab sebab2 endo ni terjadi. Kata mereka puncanya tidak diketahui.Dianggarkan 1-15% wanita yang masih produktif develop penyakit ni.
• deep pain during sexual intercourse
• difficulty becoming pregnant
• heavy or abnormal menstrual flow, such as premenstrual spotting/staining
• painful bowel movements, diarrhoea, constipation or other intestinal upsets during menstruation
• painful or frequent urination during menstruation
Dalam kes aku, aku cuma experience sakit pinggang. Period pain tak pernah kena, Tapi menurut Prof sepatutnya aku memang akan merasa period pain cuma mungkin aku tak sedar.
Apa yang aku buat sekarang hanya jaga pemakanan sahaja. Yang penting jangan makan makanan yang mengandungi banyak protein dan estrogen. Protein mempercepatkan pertumbuhan sel-sel endo. Jika lepas operate sila jangan makan gamat ye sebab gamat kandungan protein yang tinggi. Redmeat, process food, dairy products (including susu kambing) is no-no. Kalau nak minum susu ambillah susu almond. Susu soya tak boleh ye- in fact sesiapa yang ada masalah infertility adalah tidak digalakkan ambil soya (ramai yang tak tau ni). Terutamanya pengidap PCOS.
Jom tengok rupa endometriosis...
Sebenarnya penyakit endometriosis tak boleh hilang sepenuhnya. Selagi kita didatangi period selagi itulah endo akan ada sebab periodlah makanannya. Jalan terbaik ialah PREGNANT. Heheheh tapi nak pregnantlah masalahnya kan....
Banyak lagi link2 lain berkaitan endo ni. Yang aku tulis ni hanyalah mengikut pemahaman aku je. Nak tengok video macam mana operation endometriosis boleh tengok kat sini: http://www.youtube.com/watch?v=-NXWDfj_EZQ
Ok isu makanan yang paling susah nak buat kan. Sebenarnya boleh kalau kita berazam sekuat-kuatnya. Makanan yang perlu dielakkan ialah yang mengandungi estrogen, sebab endo ni disuap oleh estrogen. Contoh makanan perlu elak ialah gandum, daging merah, karbohidrat yang pekat (mcm roti putih, pasta), coklat, soya, dairy products, telor, kafein, alkohol.
banyakkan makan sayur-sayuran hijau dan buah-buahan. Kalau nak makan daging or ayam belilah yang organik sebab yang ada di pasaraya tu kebanyakkannya dah disuntik dgn hormon.
Itu dulu buat masa ni. Happy Google-ing!