Daisypath Anniversary tickers

Thursday, 23 May 2013

Apa itu hydrosalpinx?

Hydrosalpinx. Penyakit yang menyerang tiub falopio saya. Mula2 tahu ada penyakit ni selepas buat HSG (ujian dye utk tiud falopio) pada tahun 2011.  Dalam report, doc tulis "hydrosalpinx on the left side of follopion tube". Masa tu rasa berdebar2 sangat. Apalah penyakit yang datang menimpa aku ni. Sedih tak payah cakap la. Berbakul2 airmata keluar.


Setelah menggunakan khidmat Mr. Google dan dalam bahasa yang mudah hydrosalpinx ni merupakan bengkak air pada tiub falopio wanita. Air yang ada pada tiub ni akan mengalir ke dalam rahim dan mengganggu penempelan embrio. Sebab tu ada sesetengah wanita yang memang susah utk mengandung sebab air ni yang mengganggu. 


Biasanya apa yang doctor cadangkan kalau kita ingin pregnant ialah buat clipping pada tiub. Macam saya, Dr Zamri dari DEMC cadangkan clip tiub dan pada masa yang sama boleh buang cyst sekali pada sebelah kanan tiub. Cyst ni mula2 muncul masa TVS sebulan sebelum tu.


Bulan November 2011, saya buat laporoscopic (tebuk 3 lubang) utk buang cyst dan clip tiub. Alhamdulillah kedua2 nya berjaya. Cyst dapat dibuang dan hantar ke lab, and no cancer cells found. Tiub berjaya di clip.
Ok melalui pembacaan, kalau kita detect yg kita ada hydrosalpinx dan dah bertahun TTC, maybe bole consider utk  clip tiub. Sebabnya kalau tak clip tiub yang rosak tu, boleh menyebabkan berjangkit ke sebelah tiub lagi. Cecair dlm tiub ni bertoksin, jadi chances utk berjangkit ke sebelah memang ada. My humble opinion,  clip tiub cara terbaik utk conceive. Kalau korg nak buat rawatan selanjutnya contoh IUI or IVF memang sebaik2 nya clip dulu tiub tu so chances utk berjaya rawatan lebih tinggi. Ada juga orang yang tak opt for tiub clipping but berjaya dalam  rawatan IVF.  Alhamdulillah rezeki dia.
Kalau korg nak tau lebih lanjut tentang hydrosalpinx bolelah google. Oh ye... bentuk tiub yg hydrosalpinx ialah tiub membengkak contohnya mcm belon yang diletakkan air. Lebih kurang begitulah. Symptom yang saya alami ialah selalu sakit pinggang dan mencucuk2 di bahagian sebelah kiri. Maybe org lain, lain symptom nya.

Ok now nak tunjuk contoh gambar HSG. Gambar pertama tu adalah gambar normal falopion tube dan tube hydrosalpinx. Thanks to Mr Google.





Contoh HSG org yg ada hydrosalpinx iaitu saya :)



Perhatikan perbezaan di sebelah kiri tu dengan gambar di bawah nanti. Sebelah kanan (R) nampak sikit je dalam gambar ni.

Berbeza kan gambar ni dengan gambar di atas.

Dari gambar ni boleh nampak yang berbentuk panjang tu catheter yang dimasukkan ikut vagina mengandungi dye. Yg berbentuk segitiga tu ialah rahim. Bila radiologist inject dye melalui catheter tu dye akan mengalir masuk ke dlm rahim dan tiub falopio. Yang sebelah kanan (bertulis R) ada putih kecil meaning dye yang dimasukan itu dah sampai ke tiub. Tiub kanan sangat sempit sebab tu tak nampak tiub tiba2 sebelah hujung tiub je yg muncul. Di sebelah kiri itulah hydrosalpix. Tiub membengkak mcm belon, doc kata dah rosak. Sbb itu, ovum tak dapat bergerak ke tiub kena halang dek cecair2 dan tiub yg tak smooth....



So, pilihan ada di tangan anda. Sama ada utk buat tube clipping atau tidak. Kalau rasa ragu2 boleh buat solat hajat coz once kita dah clip memang dah tak boleh buka lagi clip tu. Saya sendiri fikir selama setahun sebelum setuju nak buat laporoscopy. Bincang juga dengan suami ye. Yang tu paling penting sekali :)

kalau nak baca lebih lanjut boleh pergi kat sini 
http://www.advancedfertility.com/hydrosalpinx.htm

Happy Google-ing all.

*Babydust to all*

Sunday, 19 May 2013

Positif-lah....

Ok. Mari kita cerita pasal menjadi seorang yang positif. 
Korang tau tak, bukan senang sebenarnya nak menjadi seorang yang positif? Tak percaya. Cuba tengok diri sendiri. Berapa lama kita ambil utk memandang semua dugaan dari sudut yg positif.

Saya sendiri ambil masa 6 tahun utk menjadi positif. Positif dalam erti kata bila org bertanya mampu tersenyum dan menjawab tanpa sumpah seranah dalam hati. Positif dalam erti kata sentiasa memandang dugaan yg Allah bagi sebagai yang terbaik untuk kita. Positif dalam erti kata berusaha meneruskan kehidupan dan memandang kehadapan tanpa perlu meratapi nasib hidup.
Amboi senangnya cakap. Positif itu, positif ini. Dia tak duduk dalam kasut kita bolehlah cakap.... NO-NO-NO. Jangan fikir macam tu. Sebenarnya setiap orang ada masalah masing-masing. Cuma masalah kita yang belum lagi ada anak ni orang nampak dgn mata kasar. Well, actually ni satu masalah ke? Hanya masing2 je yang tau.

Sebenarnya bila kita menjadi positif, otak kita boleh mempengaruhi badan kita. Apabila badan kita dalam keadaan tenang tanpa stress, tanpa disangka Allah memberi rezeki yang kita hajati sekian lama.

Cubalah. Cubalah tenangkan diri. Cari hobi. Buat sesuatu yang kita suka. Buatlah seolah-olah hanya ini saja masa yang kita ada bersama keluarga. Munkin dgn berfikir begitu, kita lebih menghargai sekeliling kita.
Ingatlah. Jangan ditangisi apa yang kita tiada, hargailah apa yang kita ada.
Moga-moga Allah meredhai kehidupan dan usaha kita. Insyaallah.

p/s: Nak masak apa malam ni eh?

*Babydust*


14 days Post Op

Hari ini hari ke 14 selepas operation.

Ada yang bertanya kenapa kena operate?

Well, sebenarnya ini adalah kali kedua saya operate untuk tujuan pregnant. Pertama kali Oktober 2011, masa tu buat laporotomy saja sebab ada cyst. Cyst tu dikatakan boleh menyukarkan proses untuk hamil. Tambahan saya pon ada hydrosalpinx. Ha pasal hydrosalpinx ni next entry baru cerita.

Kali pertama dulu buat di DEMC. Kali kedua buat di HUKMSC dengan Prof. Zainul Rashid. Mula2 doc suspect cyst tumbuh semula, then masa operate rupa-rupanya ada endometriosis stage 2. So Prof overhaul semua yang ada. Insyaallah lepas raya nanti boleh lah proceed dengan IVF #3.