Hydrosalpinx. Penyakit yang menyerang tiub falopio saya. Mula2 tahu ada penyakit ni selepas buat HSG (ujian dye utk tiud falopio) pada tahun 2011. Dalam report, doc tulis "hydrosalpinx on the left side of follopion tube". Masa tu rasa berdebar2 sangat. Apalah penyakit yang datang menimpa aku ni. Sedih tak payah cakap la. Berbakul2 airmata keluar.
Setelah menggunakan khidmat Mr. Google dan dalam bahasa yang mudah hydrosalpinx ni merupakan bengkak air pada tiub falopio wanita. Air yang ada pada tiub ni akan mengalir ke dalam rahim dan mengganggu penempelan embrio. Sebab tu ada sesetengah wanita yang memang susah utk mengandung sebab air ni yang mengganggu.
Biasanya apa yang doctor cadangkan kalau kita ingin pregnant ialah buat clipping pada tiub. Macam saya, Dr Zamri dari DEMC cadangkan clip tiub dan pada masa yang sama boleh buang cyst sekali pada sebelah kanan tiub. Cyst ni mula2 muncul masa TVS sebulan sebelum tu.
Bulan November 2011, saya buat laporoscopic (tebuk 3 lubang) utk buang cyst dan clip tiub. Alhamdulillah kedua2 nya berjaya. Cyst dapat dibuang dan hantar ke lab, and no cancer cells found. Tiub berjaya di clip.
Ok melalui pembacaan, kalau kita detect yg kita ada hydrosalpinx dan dah bertahun TTC, maybe bole consider utk clip tiub. Sebabnya kalau tak clip tiub yang rosak tu, boleh menyebabkan berjangkit ke sebelah tiub lagi. Cecair dlm tiub ni bertoksin, jadi chances utk berjangkit ke sebelah memang ada. My humble opinion, clip tiub cara terbaik utk conceive. Kalau korg nak buat rawatan selanjutnya contoh IUI or IVF memang sebaik2 nya clip dulu tiub tu so chances utk berjaya rawatan lebih tinggi. Ada juga orang yang tak opt for tiub clipping but berjaya dalam rawatan IVF. Alhamdulillah rezeki dia.
Kalau korg nak tau lebih lanjut tentang hydrosalpinx bolelah google. Oh ye... bentuk tiub yg hydrosalpinx ialah tiub membengkak contohnya mcm belon yang diletakkan air. Lebih kurang begitulah. Symptom yang saya alami ialah selalu sakit pinggang dan mencucuk2 di bahagian sebelah kiri. Maybe org lain, lain symptom nya.
Ok now nak tunjuk contoh gambar HSG. Gambar pertama tu adalah gambar normal falopion tube dan tube hydrosalpinx. Thanks to Mr Google.
Contoh HSG org yg ada hydrosalpinx iaitu saya :)
 |
Perhatikan perbezaan di sebelah kiri tu dengan gambar di bawah nanti. Sebelah kanan (R) nampak sikit je dalam gambar ni.
|
 |
Berbeza kan gambar ni dengan gambar di atas. |
Dari gambar ni boleh nampak yang berbentuk panjang tu catheter yang dimasukkan ikut vagina mengandungi dye. Yg berbentuk segitiga tu ialah rahim. Bila radiologist inject dye melalui catheter tu dye akan mengalir masuk ke dlm rahim dan tiub falopio. Yang sebelah kanan (bertulis R) ada putih kecil meaning dye yang dimasukan itu dah sampai ke tiub. Tiub kanan sangat sempit sebab tu tak nampak tiub tiba2 sebelah hujung tiub je yg muncul. Di sebelah kiri itulah hydrosalpix. Tiub membengkak mcm belon, doc kata dah rosak. Sbb itu, ovum tak dapat bergerak ke tiub kena halang dek cecair2 dan tiub yg tak smooth....
So, pilihan ada di tangan anda. Sama ada utk buat tube clipping atau tidak. Kalau rasa ragu2 boleh buat solat hajat coz once kita dah clip memang dah tak boleh buka lagi clip tu. Saya sendiri fikir selama setahun sebelum setuju nak buat laporoscopy. Bincang juga dengan suami ye. Yang tu paling penting sekali :)
Happy Google-ing all.
*Babydust to all*